Joseph Kalang Tie Kini Buka Kedai Pancing Udang Galah di Pending 0 11707

Kuching: Bekas pemain Sarawak, Terengganu,Pahang dan Selangor iaitu Joseph Kalang Tie yang kini bermain untuk Kuching FA kini telah membuka kedai pancing udang di Pending, Sungai Apong khas buat kaki pancing udang galah yang meminati aktiviti memancing sekitar Kuching dan Kota Samarahan

Menurut Joseph aktiviti memancing adalah menjadi hobinya jika mempunyai masa terluang. Dek kerana minatnya terhadap aktiviti memancing, beliau telah bertekad untuk menjadikan hobinya tersebut satu perniagaan dengan membeli dan membuka sebuah kedai memancing udang galah yang diberi nama sempena namanya iaitu “Kallang Prawn”

Untuk rekod, Kallang Prawn dahulu dikenali sebagai “ZYZ Prawn” dan antara kedai pancing udang galah yang cukup popular dan digemari kaki pancing udang galah di Kuching.

Menurut joseph beliau mengalu-alukan kehadiran kaki pancing yang mahu memancing udang galah di kedainya dan kehadiran ramai kaki pancing akam memeriahkan lagi suasana memancing. Jadi sesiapa yang berminat mahu memancing udang galah, anda bolehlah datang ke

Kallang prawn
Ground Floor, Lot 11075,
Sublot 1, City Square, (Sungai Apong)
Jalan Pending, 93450,
Kuching Sarawak

Buka setiap hari isnin- khamis jam 9 pagi- 1 pagi

Buka setiap Jumaat- Ahad Jam 9 pagi- 3 pagi

Bayaran memancing- RM10 sejam
Jika memancing 3 jam akan diberi percuma satu jam memancing

-Kamek Miak Sarawak


Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news