Kapal angkasa NASA pecah rekod hampiri matahari 0 5977

TAMPA: Kapal angkasa Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Parker Solar Probe,yang dilancarkan baru-baru ini, berjaya mencatatkan rekod terbaru, apabila menjadi objek pertama buatan manusia tiba di matahari.

“Kapal angkasa ini berjaya melepasi rekod semasa, iaitu 42.73 juta kilometer dari permukaan matahari pada 29 Oktober 2018, kira-kira jam 1.04 malam (waktu tempatan).

“Rekod terdahulu pernah dicatatkan oleh kapal angkasa milik Jerman-Amerika Syarikat Helios 2 pada April 1976,” kata NASA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kapal angkasa tanpa pemandu itu dilancarkan pada 12 Ogos lalu, dengan misi strategik untuk meneroka rahsia ribut solar yang berbahaya.

Parker Solar Probe dijadualkan bertembung dengan matahari buat kali pertama pada 31 Oktober ini. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news