Kekurangan guru agama di Sabah, Sarawak kritikal, kata Maszlee 0 6307

Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama di 2 negeri itu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.

Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.

“Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dari Kelantan dan Terengganu.

“Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama.

Maszlee berkata, cadangan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak akan diteliti kementeriannya.

“Cadangan (Tuan Ibrahim) idea yang bernas. Kita akan teliti pandangan itu dan jika ada bajet akan dimasukkan ke dalam RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12),” katanya. – Free Malaysia Today

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news