Kempen pilihan raya Trump fail tuntutan mahkamah di Georgia 0 5573

Kempen pilihan raya Trump fail tuntutan mahkamah di Georgia

WASHINGTON: Kempen Pilihan Raya Presiden Donald Trump memfailkan tuntutan mahkamah di Georgia, menuntut supaya kiraan undi dihentikan, lapor Agensi Sputnik memetik Associated Press.

Terdahulu pada Rabu kempen Trump memfailkan tuntutan mahkamah yang sama di Michigan dan Pennsylvania.

Kempen Trump mempersoalkan kewajaran pemerhati dilarang masuk ke pusat pengundian.

Calon Demokrat Joe Biden ketika ini dilihat mendahului Trump dengan 264-214.

Biden mungkin boleh mencipta kemenangan dalam kancah perebutan jawatan presiden andai kemenangan di Nevada berpihak kepadanya, menurut Fox News. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10618

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah 0 12866

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd merosot kepada RM212.66 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2020 daripada RM239.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani berkata syarikat itu menjangkakan wujud sedikit impak kepada volum pada suku akan datang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

“Memandangkan pandemik ini akan kekal menjadi cabaran yang berterusan, kami telah mempercepatkan kepelbagaian portfolio produk agar perniagaan terus bertahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Berita Harian

Spread the news