Kerajaan negeri Sarawak biayai kos bawa balik tahanan di Kemboja – Abang Jo 0 6033

KUCHING: Kerajaan negeri akan menganggung kesemua kos membawa balik 40 anak Sarawak yang ditahan di Penjara Wilayah Bantaey Meanchey, Kemboja.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Menurutnya 40 anak Sarawak yang di tahan itu dijangka tiba di sini pada esok atau Isnin.

“Kita berterima kasih kepada Wisma Putra dan kerajaan Kemboja atas kejayaan menyelesaian perkara ini.

“Isu ini berjaya diselesaikan dengan mengikuti protokol antarabangsa dan kita bersyukur kerana akhirnya kita berjaya membawa balik dan membebaskan mereka,” katanya.

Abang Johari berkata beliau telah memberi mandat kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk mengunjungi tahanan di Kemboja.

“Kerajaan negeri akan menanggung kos membawa balik kesemua anak-anak Sarawak,” katanya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news