Kereta terbang tidak dibenarkan terbang 0 6722

Terbaru, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia(CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ pertama Malaysia yang dijadualkan terbang esok

Menurut kenyataan CAAM, lokasi percubaan penerbangan yang terletak di Hangar UNIKL MIAT Subang itu adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.

“Lokasi itu jelas terletak di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang di bawah penyeliaan yang ketat oleh Pusat Kawalan Trafik Udara,” ujarnya.

“EH216 hanya diberikan Permit Khas Penerbangan (SFP) oleh negara pengeluar iaitu Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad untuk mengendalikan penyelidikan dan pembangunan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou,” jelasnya.

Selain itu, CAAM sedang menyiasat demonstrasi penerbangan yang tidak diluluskan membabitkan EH216.

“Ujian ‘haram’ itu dilakukan pada 15 November lalu di Lapangan Terbang Subang,” katanya.

Difahamkan, CAAM amat menyokong pembangunan industri aeroangkasa di negara ini, tetapi ia haruslah mengikuti Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016(MCAR 2016) bagi memastikan jaminan keselamatan dipatuhi.

“CAAM ingin memaklumkan sedia mempertimbangkan sekiranya ujian penerbangan EH216 mahu dilakukan di lokasi yang sesuai dengan sokongan negara pengeluar,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , mengesahkan bahawa dia akan melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’ esok.

Dia memaklumkan perkara itu pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news