‘Keuntungan bersih dari sumber minyak, gas harus di serahkan balik ke Sarawak’ 0 6766

KUCHING, Nov 8: Petronas menghasilkan sebanyak RM15 bilion keuntungan bersih dari sumber minyak negeri ini dan sekitar RM49 bilion keuntungan kasar dari sumber gas negeri ini setiap tahun yang diambil kerajaan pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang mendedahkannya dan sehubungan itu mahu keuntungan besarPetronas dari sumber minyak dan gas negeri ini dihentikan dari diserahkan kepada kerajaan pusat.

“Kita mesti menolak Akta Pembangunan Petroleum PDA 1974 dan Akta Laut Teritorial dan hentikan kerajaan pusat dari menyedut dari Sarawak sebanyak RM15 bilion keuntungan bersih dari sumber minyaknya dan sekitar RM49 bilion keuntungan kasar dari sumber gasnya setiap tahun,” katanya pada sesi debat terhadap Belanjawan 2019 Kerajaan Negeri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di DUN, Petra Jaya, di sini, semalam.

Lo sehubungan itu mempertahankan tindakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam belanjawan 2019 kerajaan negeri bakal memperkenalkan cukai jualan sebanyak 5 peratus terhadap produk petroleum dari negeri ini mulai Januari 1, 2019.

Ini kerana beliau yakin cukai terbabit akan membolehkan hampir RM4 bilion keuntungan Petronas dari melombong sumber minyak dan gas negeri ini setiap tahun dapat dikembalikan kepada Sarawak.

“Sumber minyak dan gas bawah tanah negeri ini adalah hak kita; tidak perlu berbincang mengenainya kerana memang 100 peratus hak negeri kita,” katanya pada sidang media selepas debat tersebut.

juga menyangkal dakwaan pembangkang cukai jualan terbabit akan membebankan rakyat Sarawak dan meningkatkan kos pengeluaran minyak dan gas di negeri ini kerana kutipan cukai berkenaan sebanyak RM4 bilion yang sebahagian kecil dari keseluruhan keuntungan besar Petronas darimelombong minyak dan gas negeri ini.

Menurutnya, dengan mengenakan cukai jualan tersebut juga Sarawak selepas itu tidak lagi perlu terpaksa merayu-rayu peruntukan kewangan dari kerajaan pusat setiap tahun malahan kedudukan kewangannya menjadi lebih kukuh dan ini membolehkan suara Sarawak akan lebih didengari kerajaan pusat. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13913

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news