Lagenda Orang Bunian Di Pulau Triso 0 11291

Pulau Triso adalah antara beberapa buah pulau kecil yang terletak di muara sungai Batang Lupar dan ia mempunyai legenda dan mitos tersendiri.

Menurut seorang penduduk (yang enggan namanya didedahkan) yang berasal dari Kpg Beliong pulau ini terjadi akibat daripada pertandingan melempar batu ke laut oleh sekumpulan orang ‘bunian’ yang diketuai oleh seorang jejaka gagah bernama Keling.

Cerita ini beliau dapati daripada bapanya sejak turun-temurun. Pulau Triso dikatakan terjadi oleh tikaman batu besar oleh Keling dan beliau menjadi pemilik pulau tersebut sehingga ke hari ini.

Beliau kemudian berkahwin dengan Kumang dan mereka mengawal sekitar Batang Lupar dari Bukit Lingga ke pulau berkenaan. Diceritakan juga bahawa Keling telah membina sebuah rumah setinggi 7 tingkat di pulau ini dan beliau sekeluarga tinggal di tingkat yang ketujuh.

Selain itu dipulau ini juga terdapat sebuah kolam batu sebagai sumber bekalan air kepada Keling dan keluarga. Air di kolam ini dikatakan tidak pernah kontang (kering) dan ianya jernih dan boleh diminum.

Pemandangan Pulau Triso dari jarak dekat (Kredit Photo Ed Edd)

Para nelayan yang turun ke laut dikatakan sering singgah ke pulau ini untuk mengambil air ini sebagai bekalan. Saya juga diberitahu bahawa beberapa orang penduduk tempatan pernah bermimpi perkara2 ganjil yang berkaitan dengan pulau ini seperti adanya laluan khas berjalan kaki dari tanah daratan ke pulau tersebut.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news