Latihan tentera AS-Seoul tetap diteruskan walaupun amaran Pyongyang 0 5997

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) tetap meneruskan latihan ketenteraan tahunan bersama hari ini, tidak mengendahkan amaran daripada Korea Utara bahawa perang permainan itu akan membahayakan rundingan nuklear antara Washington dan Pyongyang.

Latihan ketenteraan itu diadakan selepas Pyongyang menguji siri peluru berpandu jarak dekat baru-baru ini, menyifatkan tindakan itu satu ‘amaran penuh takzim’ terhadap Korea Selatan supaya tidak meneruskan latihan ketenteraan simulasi komputer dengan AS.

“Latihan bersama kami adalah untuk mengesahkan keupayaan Seoul dalam persediaan mengambil alih kawalan operasi ketika perang,” kata seorang pegawai.

Mengikut perjanjian keselamatan AS-Korea Selatan, seorang jeneral AS akan mengambil alih arahan pasukan gabungan ketika perang, namun Seoul sekian lama berusaha menukar kedudukan itu.

Penganalisis berkata, aktiviti ketenteraan oleh kedua-dua pihak mungkin menangguhkan rundingan program senjata Korea Utara, yang menyaksikan ia dikenakan pelbagai sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sehingga akhir tahun ini.

Latihan ketenteraan dikenali sebagai Ulchi Freedom Guardian (UFG) yang dijadualkan Ogos tahun lalu digantung. Latihan ketenteraan terbesar tahunan negara sekutu itu, Foal Eagle dan Key Resolve yang berlangsung setiap musim bunga serta membabitkan puluhan ribu askar, digantikan dengan latihan lebih pendek ‘Dong Maeng’ atau ‘Pakatan’ pada Mac lalu.

Media Korea Selatan menggelar latihan itu sebagai ‘19-2 Dong Maeng’ menunjukkan latihan kedua Dong Maeng pada 2019. -AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news