Lelaki Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kampung Hulu Laut Kabong 0 6388

Saratok: Seorang lelaki berusia 27 tahun hilang ketika mandi di Sungai di Kampung Hulu Laut sekitar jam 5 petang semalam.

Menurut info awal, sebelum kejadian mangsa yang dikenali sebagai Aziz Sofian Rosli sedang mandi dan ketika itu air sungai dikatakan sedang pasang besar.

Seorang saksi memberitahu beliau telah melihat mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan. Dia cuba membantu, namun mangsa terus hilang dan tengelam dibawa arus deras.

Setakat berita ini ditulis mangsa masih lagi belum ditemui dan operasi mencari mangsa sedang dipergiatkan – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news