Bau: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan berdekatan Taman Shenji awal pagi tadi.
Menurut info awal mangsa dikatakan sempat keluar dari kereta tersebut setelah kemalangan tersebut. Namun mangsa rebah dan terjatuh ke dalam parit sedalam 7 kaki.
Setakat ini mayat mangsa yang dikenali sebagai Marekan Bin Sobet 56 tahun telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak