Lelaki nyaris maut, motosikal terperosok bawah 4WD di Kampung Tellian 0 7632

MUKAH: Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikal ditungganginya terperosok di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan jalan raya di simpang empat Kampung Tellian sekitar jam 7.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, sebelum kejadian 4WD terbabit yang dipandu seorang kontraktor menghala ke Balingian dari Oya tiba di kilometer tiga iaitu berdekatan simpang empat dimaksudkan.

“Tiba-tiba motosikal ditunggangi mangsa yang berada di simpang sebelah kanan dipercayai melintas jalan ke simpang sebelah kiri,” katanya.

Jimmy berkata, pemandu 4WD terbabit cuba menekan brek, namun gagal mengelak motosikal mangsa kerana jarak yang terlalu dekat.

Akibat pelanggaran, mangsa cedera ringan dan dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan, manakala pemandu 4WD terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news