Lelaki terlibat dadah dicekup di Sibu 0 6447

SIBU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dan penjualan dadah di sebuah rumah Jalan Hua Kiew, di sini hari ini.

Serbuan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sekitar pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam operasi yang diketuai oleh Inspektor Kalidasan Prasad, polis tidak menjumpai dadah pada badan suspek ketika pemeriksaan dibuat.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di ruang dapur menemukan ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 5.05 gram.

“Hasil pemeriksaan lanjut di tepi almari bahagian dapur rumah tersebut, polis menjumpai satu peket sederhana kecil mengandungi 11 paket plastik kecil lutsinar masing-masing berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

“Polis telah merampas semua dadah tersebut untuk dijadikan sebagai barang kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Stanley berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an mempunyai tiga rekod jenayah narkotik lampau.

“Suspek ditahan di balai dengan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Sibu,” ujarnya.

Stanley berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13876

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13043

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news