Masalah dadah di Sarawak amat membimbangkan, kata Dzuraidi 0 6216

SIBU: Masalah jenayah dadah di negeri ini amat membimbangkan, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak Datuk Pahlawan Mohamad Dzuraidi Ibrahim.

Beliau berkata, kes dadah di negeri ini meningkat berdasarkan statistik tangkapan yang dibuat dengan tahun lalu.

“Kita telah mengambil tindakan yang serius terhadap aktiviti penagihan dadah di Sarawak ini,” katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini, hari ini.

Dzuraidi memberitahu, dadah jenis syabu adalah dadah yang paling banyak digunakan di negeri ini.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik khususnya telah memainkan peranan yang begitu agresif untuk memerangi masalah dadah di Sarawak.

“Tangkapan dadah ini adalah dari semua seksyen begitu juga di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga tangkapan-tangkapan di bawah akta pencegahan yang lain,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, keadaan tersebut masih terkawal dan pihaknya sentiasa memandang serius perkara terbabit.

Ditanya mengenai langkah membendung isu dadah, Dzuraidi berkata, pendidikan dan kempen-kempen mengenai kesedaran tentang bahaya dadah amat penting untuk dilaksana bersama agensi-agensi berkaitan.

“Fokus utama adalah golongan belia dan pelajar kerana golongan ini adalah peratusan tertinggi terlibat dalam kes dadah di negeri ini,” tambahnya sambil menambah, mereka mensasarkan untuk menurunkan sebanyak -3.6 peratus kadar kes jenayah di negeri ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mustapha Kama Gani Abdullah, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan timbalannya Superintenden Martin Koo. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news