Pekerja bengkel rogol, serang anak kekasih kena penjara 17 tahun 0 6080

SIBU: Seorang pekerja bengkel dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak teman wanitanya berusia 12 tahun.

Tertuduh, 31, bagi pertuduhan merogol mangsa dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan tiga sebatan dan lima tahun penjara berserta satu sebatan bagi pertuduhan serangan seksual terhadap mangsa.

Tertuduh yang mengaku bersalah, diperintah menjalani hukuman penjara itu secara serentak, bermula dari tarikh dia ditahan 23 Oktober lepas.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berumur 12 tahun dua bulan dari Mei hingga Julai 2019 di rumah pekerja bengkel di Jalan Teng Chin Hua dan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Seksyen ini membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa dengan menyentuh buah dada, mencium mulut dan memeluk mangsa antara Januari hingga Ogos 2019 di sebuah bilik rumah pekerja di Jalan Teng Chin Hua.

Untuk pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada 22 Oktober 2019, kira-kira jam 7 malam, pengadu telah membawa mangsa ke klinik untuk menjalani ujian kehamilan, sebelum diminta ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis.

Pada 3 Oktober 2019, kira-kira jam 12.30 tengah malam, bertempat di rumah pekerja di Jalan Teng Chin Hua pihak polis telah menahan tertuduh untuk membantu siasatan.

Sisatan mendapati mangsa telah diserang secara seksual dari Januari hingga April 2019 oleh teman lelaki ibunya iaitu tertuduh.

Mangsa memberitahu tertuduh telah menyentuh secara fizikal dengan menyentuh serta mencium mulutnya untuk tujuan seksual sejak Januari hingga April 2019.

Kakak mangsa yang berumur 13 tahun juga memberitahu pada Ogos 2019, dia melihat tertuduh tidur bersebelahan dengan mangsa serta memeluk mangsa.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital juga mendapati mangsa telah mengandung tujuh minggu tiga hari. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news