MUKAH: Seorang pemandu maut selepaskenderaan jenis pikap dijumpai dalam keadaan terbalik di dalam anak sungai Loba Stubah, dekat sini.
Mangsa dikenali sebagai Edet Jok, 59 dari Kampung Jerijeh Baru di Belawai.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sekitar 11 pagi tadi.
“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan dan dia disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.Punca kemalangan juga belum dapat dipastikan. – Utusan Borneo Online