Penduduk Samarahan sambut baik Kerajaan Negeri teruskan rancangan bina LRT 0 6614

KOTA SAMARAHAN: Masalah kesesakan jalan raya membabitkan perjalanan dari Kota Ilmu (Kota Samarahan) ke Bandar Raya Kuching semakin menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pengguna setempat.

Permasalahan yang membabitkan beberapa bulatan utama jalan berkenaan yang dilihat bagaikan tiada penghujungnya setakat ini.

Malah, keluh resah pengguna pelbagai peringkat umur saban hari seakan-akan menuntut inisiatif daripada pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian segera apabila sering mengganggu kelancaran aktiviti mereka seharian.

Salah seorang pengguna jalan raya, Supahi Amit, 43, memberitahu memang begitu terkesan rentetan musibah kesesakan jalan berkenaan.

“Bayangkan bermula seawal 5 pagi lagi kesesakan sudah bermula dan berlarutan hampir beberapa jam selepas itu.

“Ini memang tamparan hebat buat kami sebagai pengguna harian terutama jika ada urusan untuk ke pusat bandar,” kata Supahi ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Oleh itu, beliau meminta agar ada penyelesaian segera diambil oleh pihak berkaitan agar kesesakan jalan raya dapat diatasi kerana membazir tenaga, wang dan masa.

Menurutnya, sekiranya mempunyai temu janji sama ada di pejabat kerajaan dan sebagainya, beliau terpaksa bergegas awal malah bangun 4 pagi supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya berkenaan.

Bagi Halim Fadil, 50, jalan alternatif sebagai pintasan ke beberapa tempat yang dituju perlu diwujudkan.

“Jika dilihat kesesakannya memang luar biasa dan kalau boleh perlu dibina jalan alternatif untuk mengatasi masalah ini.

“Saya juga menyambut baik rancangan Kerajaan Negeri untuk membina transit aliran ringan (LRT) sebagai usaha mengatasi kesesakan lalu lintas dari Kota Samarahan ke Bandar raya Kuching,” katanya.

Beliau yang berasal dari Daerah Simunjan berkata, kesesakan lalu lintas berpunca daripada petambahan penduduk di Kota Samarahan ekoran wujudnya kawasan perumahan mega di beberapa tempat.

Malah, katanya, pembinaan LRT itu nanti bakal memudahkan pergerakan penduduk tempatan termasuk pelajar universiti berhampiran iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan.

Sementara itu, pensyarah universiti swasta, Isaac Kok Hing berkata, beliau perlu bertolak dari rumahnya di Taman Uni 5.45 pagi untuk sampai ke tempat kerjanya di Simpang Tiga sebelum 8 pagi.

“Maka, saya menyambut baik pembinaan LRT di bahagian Kuching dan Kota Samarahan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

“Saya fikir lebih baik jika LRT dibina dengan kekerapan perjalanan, meliputi banyak kawasan dan menepati masa berbanding bas,” ujarnya. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news