Penganut Kristian jaga masjid ketika umat Islam solat 0 7759

KUALA LUMPUR: Biarpun berlainan agama, penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Trip Kekawan, sekumpulan penganut Kristian di negara Kiwi berkenaan berjaga di sebuah masjid susulan insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch semalam.

“Menitis air mata melihat kasih sayang merentasi agama ini. Penduduk beragama Kristian di New Zealand menjaga masjid ketika Muslim sedang menunaikan solat dan meraikan mereka,” katanya.

Selain status terbabit, pengguna Facebook berkenaan turut memuat naik beberapa gambar mempamerkan penduduk tempatan berjaga di perkarangan masjid selain bermesra dengan jemaah rumah ibadah itu.

Status yang mendapat lebih 200 perkongsian itu turut menerima lebih 1,000 tanda ‘like selain 43 ulasan oleh pengguna Facebook lain.

“Orang-orang New Zealand memang terkenal dengan sifat baik, yang buat onar dan jahat dari negara lain, tempiasnya terkena kepada New Zealand. Moga Islam makin subur di bumi New Zealand, hikmah daripada kejadian kelmarin,” tulis pengguna Facebook dikenali sebagai Aliyaisma Ariffin.

Sekurang-kurangnya 49 terkorban, manakala 48 lagi mangsa termasuk tiga rakyat Malaysia cedera dalam insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch.

Serangan itu disasarkan ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, apabila seorang lelaki menyerbu masuk dan melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah.

Ketika melakukan serangan terbabit, penyerang bersenjatakan raifel itu turut memuat naik keganasan berkenaan secara langsung menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitter nya – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news