Perlu ikhlas kembali status wilayah Sabah dan Sarawak- Datuk Idris Buang 0 6014

KUCHING:Usaha mengembalikan status dan hak kesamaan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dalam pembentukan Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mesti dalam kaedah lebih praktikal dan bukan semata-mata berupa retorik serta manis di bibir sahaja.

Perkara itu ditegaskan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Perbincangan MA63 dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau di Miri baru-baru ini.

Menurutnya ia jangan seperti melepaskan batuk di tangga untuk memuaskan hati pemimpin dan rakyat di kedua-dua negeri tanpa ada perubahan dari segi polisi kerajaan yang mencerminkan keikhlasan dalam erti sebenarnya MA63.

“Pertamanya, kerajaan pusat, dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad mesti bertindak lanjut dengan membentangkan satu usul Parlimen untuk mengetepikan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan Sabah, Sarawak sebagai sebuah negeri ke-12 dan ke-13 sebagai mana negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu, seterusnya mengembalikan peruntukan asal.

“Justeru, pelaksanaan dasar dan pentadbiran mesti lebih jelas dan telus di mana setiap warganya diberi layanan saksama dari segi peluang dan ruang dalam sektor awam, pendidikan, perusahaan dan penyertaan peluang ekonomi dari luar dan dalam untuk diagihkan di kedua-dua negeri tersebut.

“Contohnya, polisi kabotaj dan telekomunikasi sejak dulu begitu mendiskriminasikan dan masih dalam rupa bentuk ‘kolonisasi’,” katanya.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang menegaskan dalam dasar pentadbiran awam, ‘Borneonisasi’ mesti dipraktikkan seperti termaktub dalam MA63.

Ia ujarnya, melibatkan setiap kementerian, jabatan serta agensi kerajaan diberi keutamaan kepada anak-anak Sabah dan Sarawak yang berkelayakan bukan seperti yang diamalkan di mana masih lagi terdapat jawatan-jawatan ketua penjawat awam negeri didominasi oleh mereka yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

“Kini kita mempunyai sebilangan besar penjawat awam yang berkelayakan tinggi dan berupaya dalam banyak bidang,” tegas Idris dengan nada yang kecewa.

Beliau menambah, dalam membentuk dasar-dasar negara, penglibatan Sabah dan Sarawak begitu penting.

Justeru katanya, kesaksamaan atau ‘equitability’ pengagihan kerusi Parlimen hendaklah satu pertiga daripada keseluruhannya.

“Pada 1963, Sabah dan Sarawak hanya diagihkan 40 kerusi daripada 159 kerusi Parlimen atau 25.25 peratus.

“Tetapi apabila Singapura keluar pada 1965, adakah Sabah Sarawak sepatutnya mendapat bahagian yang adil?

“Contohnya kini daripada 222 keseluruhan kerusi Parlimen, Sabah dan Sarawak sepatutnya diberikan 74 kerusi Parlimen dan bukan hanya 56 kerusi (Sabah 25, Sarawak 31),” katanya.

Menurutnya kerana pembahagian yang begitu ketara tidak adil, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai suara yang besar yang boleh mengubah nasib rakyat kedua-dua negeri dalam semua aspek sosioekonomi, pembangunan khususnya luar bandar, pendidikan, kemudahan awam yang baik dan moden.

“Kita tidak mempunyai jumlah dan tahap perwakilan yang sewajarnya dan suara kita telah diperkecilkan dari segi bilangan dan keutamaan dalam apa sahaja kita perlukan sejak pembentukan Malaysia.

“Kita masih ingat kata keramat Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan, tanpa Sabah dan Sarawak, tiada Malaysia, “ ujarnya.

Idris berkata semua tahu tanpa minyak dan gas Sarawak, seluruh Malaysia tidak dapat bertahan dalam senario global yang mencabar dari segi ekonomi.

“Mohon maaf jika saya berkata agak kasar tetapi saya kena berkata yang benar,” tambahnya.

Mengenai protokol yang betul berkaitan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, beliau berkata kedua-dua ketua menteri berkenaan sebagai ketua politik rakyat di peringkat negeri, tidak pernah diberi status dan protokol betul atau tepat oleh agensi kerajaan pusat dalam upacara rasmi.

“Kita menganggap Ketua Menteri kita sebagai mewakili kebanggaan dan penghormatan kita sebagai pemimpin utama dan pancaran solidariti politik di sebuah negeri yang berbilang bangsa dan agama.

“Malah mereka masih dikategorikan sebagai ketua eksekutif di negeri-negeri kecil di Semenanjung seperti Perlis, Melaka, Kedah atau Pulau Pinang.

“Negeri negeri tersebut mempunyai tidak lebih daripada lima kerusi Parlimen! Kita tidak pernah mempersoalkannya sebab kita akur dan setia pada disiplin parti-parti dalam komponen dan sentiasa akur kepada parti ‘Whip’,” tegas beliau.

Menurut Idris, Ketua Menteri Sabah dan Sarawak harus diberi sekurang-kurangnya penghormatan serta protokol sama diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri, jika tidak lebih tinggi.

Ini selanjutnya, tegas beliau akan mencerminkan status Sarawak dan Sabah seperti dalam MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang disertakan dan Perkara 18/20 yang perlu dibaca bersama Perlembagaan Malaysia.

Lagipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terdiri daripada sekurang-kurangnya 82 kerusi dan ia berdasarkan kepada Sistem Kabinet model London dan bukan dipraktikkan di negeri-negeri di Semenanjung yang menggunakan sistem exco, tambahnya.

“Kita menginginkan pemimpin kita iaitu Ketua Menteri (kita) diberi penghormatan dan protokol yang sebenar sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah kawasan autonomi dan bukan sebuah negeri dalam Malaysia.” tegasnya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5435

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5411

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news