PH dan GPS perlu bersama perjuangkan peruntukan Sarawak 0 6030

KUCHING: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) harus mengetepikan perbezaan politik dalam memastikan negeri ini menerima peruntukan setimpal melalui Bajet 2019.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kepemimpinan kedua-dua pihak perlu sepakat memastikan Kerajaan Pusat terus memberi perhatian kepada pembangunan negeri ini.

“Menjelang Bajet 2019 yang bakal dibentangkan di Parlimen, 2 November ini, kedua-dua pihak perlu bersatu menyuarakan hak dan kepentingan negeri ini supaya kita diberikan peruntukan sewajarnya bagi tujuan memperkasakan pembangunan yang mampu memberi faedah kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin PH Sarawak kerana mengabaikan perkara baik untuk negeri ini dan rakyatnya dengan mewujudkan kebencian dan ketidakpercayaan terhadap GPS dan pemimpinnya.

“Apakah politik lebih penting daripada pembangunan berterusan untuk Sarawak? Saya berdoa supaya kita semua boleh mengetepikan politik dan saling bersatu demi melindungi dan mempertahankan kepentingan Sarawak,” katanya.

Beliau juga menegaskan semua Ahli Parlimen Sarawak sama ada PH atau GPS seharusnya bersama-sama mewakili suara rakyat Sarawak, bukannya dengan mengutamakan politik.

“Jika Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak mempunyai wang dan terpaksa mengurangkan lebih banyak belanjawan untuk meneruskan pembangunan di Sarawak sama ada dalam pendidikan, pertanian atau perubatan dan sebagainya, tetapi meluluskan atau mengalihkan dana itu kepada Pulau Pinang atau mana-mana negeri yang dipegang PH, maka kita semua dalam GPS dan PH Sarawak harus bangkit dan bersuara bagi menuntut apa yang sepatutnya untuk Sarawak.

“Ingatkan bahawa Sarawak harus didahulukan dan hanya warga Sarawak sahaja yang dapat menentukan apa yang baik untuk Sarawak,” katanya.

Selain Ahmad, beberapa pemimpin PBB juga sudah mempersoalkan langkah Kerajaan Persekutuan PH yang membatalkan 65 projek kecil di Betong tetapi meluluskan dua projek di Pulau Pinang yang mungkin menelan belanja sehingga lima kali ganda.

Hujah mereka projek itu mungkin kecil tetapi ia adalah penting untuk kebaikan penduduk luar bandar dan meningkatkan ekonomi mereka.

Projek kecil itu adalah sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar tetapi dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan, sekali gus menimbulkan kebimbangan pemimpin PBB.

Mereka berharap Bajet 2019 dapat memberikan yang terbaik untuk Sarawak, lebih-lebih lagi untuk menaik taraf kira-kira 500 sekolah usang di negeri ini.-Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news