PKR DUN Nangka lancar perkhidmatan ambulans percuma 0 7135

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Nangka hari ini melancarkan satu program yang berupa Perkhidmatan Ambulans secara Percuma.

Menurut kenyataan media yang diterima, tujuan program ini dijalankan bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memerlukan pengangkutan bagi tujuan ke Hospital Umum Sibu atau ke Poliklinik Jalan Oya.

Ketua PKR Cabang Sibu, Abdul Raafidin Majidi yang melancarkan program tersebut setelah tinjauan telah dibuat di hospital dan poliklinik . Rata-rata pesakit yang datang ke hospital dan poliklinik menggunakan pengangkutan awam seperti bas malah ada yang menggunakan kenderaan sapu.

Justeru itu, demi menjaga kebajikan rakyat dan sesuai dengan tagline ‘#bekerjauntukrakyat’. Parti Keadilan Rakyat DUN Nangka membuat satu inisiatif agar dapat meringankan beban para pesakit.

Walau bagaimanapun, memandangkan kenderaan yang disediakan oleh Parti Keadilan Rakyat DUN Nangka hanya sebuah maka fokus utama kami adalah pesakit-pesakit di sekitar Kampung Datuk Lama, Kampung Datuk Baru, Kampung Hilir, Kampung Nangka, Kampung Baru, Kampung Teku, Kampung Jeriah dan di kawasan DUN Nangka terlebih dahulu.

Sekiranya ada rezeki yang lebih maka kami akan menambah kenderaan tersebut untuk memberi perkhidmatan ambulans percuma kepada rakyat di kawasan Sibu secara umumnya.

Pesakit yang ingin menggunakan perkhidmatan ambulans percuma ini bolehlah menghubungi Encik Apandi Bin Abdul Rani di talian 0145788647 – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news