PKR tunggu siasatan polis sebelum putuskan tindakan pada Haziq 0 5735

Presiden PKR Anwar Ibrahim dipetik Bernama sebagai berkata PKR akan menunggu siasatan polis terlebih dahulu dan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas isu klip video seks yang turut didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

“Saya pasti ada dalang di sebalik kejadian ini.

“Apapun, kita serahkan kepada polis untuk siasat dan hanya bukti kukuh yang akan sokong dakwaan itu,” katanya dipetik pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pimpinan PKR Negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, tiada siasatan dalaman akan dilakukan oleh partinya terhadap Azmin dan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Saifuddin berkata keputusan itu dibuat oleh biro politik PKR.

Haziq pada 12 Jun lalu tampil mengaku dirinya adalah salah seorang dalam klip video seks berkenaan serta mendakwa individu bersamanya adalah Azmin.

Azmin sudah menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai cubaan memusnahkan kerjaya politik nya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news