Polis berkas pemandu JKM disyaki rogol penghuni bawah umur 0 6631

KUCHING: Seorang pemandu Jabatan Kebajikan Masyarakat ditahan apabila disyaki merogol remaja perempuan di sebuah rumah kebajikan, Jalan Kuching-Serian di sini pada Selasa.

Menurut sumber, kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar tahun lepas, namun hanya dilaporkan pada Isnin selepas mangsa, 16 tahun, menceritakan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan.

“Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis kemudian menangkap seorang lelaki berusia 46 tahun yang bertugas sebagai pemandu di rumah kebajikan tersebut sekitar pukul 6 petang semalam (Selasa),” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan yang mengesahkan tangkapan ketika dihubungi, berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

“Hasil soal siasat awal, suspek juga mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan,” kata Aidil.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news