Rafizi: Saya hampir menang dengan 3,000 undi di Julau 0 6751

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau hampir mendapat 3,000 undi untuk bersaing dengan lawannya Mohamed Azmin Ali sebelum dakwaan berlakunya “serangan siber” terhadap tablet yang digunakan dalam pemilihan di Julau semalam.

“Saya dah hampir menang di Julau, hampir dapat 3,000 undi,” katanya dipetik The Malaysian Insight.

Pemilihan PKR Julau digantung kira-kira pukul 2 petang selepas Rafizi mendakwa terdapat tablet yang digunakan untuk sistem e-undi dipasang perisian ‘Prey Anti-Theft’.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Rashid Din turut mengesahkan mengesahkan 10 tablet yang digunakan pada pemilihan cabang Julau telah “diceroboh”.

Penulis teknologi Keith Rozario bagaimanapun menjelaskan perisian yang didakwa Rafizi sebagai malware itu adalah adalah perisian anti-kecurian.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengulangi penjelasan itu menggesa JPP mendedahkan log file (senarai daftar) tablet berkenaan bagi mengenal pasti pihak yang memasang perisian berkenaan.

Sementara itu, Rafizi berkata, setelah JPP menggantung pemilihan, kira-kira 800 penyokongnya mengambil keputusan untuk tidak turun mengundi.

“Saya mungkin boleh menang besar di Sarawak (sekiranya pemilihan tidak digantung),” kata Rafizi.

Berhubung kemungkinan pemilihan semula di Julau, Rafizi berkata ramai pihak mungkin tidak “mempunyai tenaga” untuk ia diadakan.

“Setiap kali pemilihan semula, ia menjejaskan kempen kami. Untuk menyusun anggota di kawasan seperti Julau tidak mudah. Isu lojistik adalah isu utama.

“Saya sudah tak ada duit untuk menghadapi pemilihan semula,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pemiihan fasa kedua PKR Sabah, yang diadakan serentak dengan pemilihan semula di beberapa cabang PKR di Sabah, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor akan diadakan hari ini. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news