Persengkataan antara Huawei dan Amerika Syarikat sudah mencapai kemuncak dimana halangan perdagangan antara syarikat dari China itu dengan gergasi teknologi sudah diumumkan tempoh hari.
Media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai reaksi mengenai isu yang terjadi dan salah satu daripadanya adalah video yang memperlihatkan iPhone dimusnahkan oleh rakyat China. Difahamkan tindakan itu sebagai tanda sokongan mereka kepada jenama tempatan, Huawei. – Wiser.my
Protes dan boikot juga dilakukan oleh rakyat China dimana ada majikan yang memberi amaran kepada pekerja yang membeli produk Apple tidak akan mendapat kenaikan serta bonus tahunan. Sebaliknya bagi yang membeli peranti Huawei, ganjaran akan diberikan kepada mereka sebagai tanda sokongan kepada produk tempatan.
Laporan dari South China Morning Post pula memberitakan salah seorang pengguna iPhone, Wang Zhixing, mengambil keputusan untuk beralih kepada Huawei selepas hampir 10 tahun menggunakan peranti Apple itu.
“There is a calling from my heart that I need to show support for Chinese brands, especially in the trade war climate” ujar beliau yang kini bertukar dari iPhone 7 kepada Huawei P30 Pro.
Bagi Sam Li seorang kakitangan syarikat telekomunikasi di Beijing menyatakan bertukar dari iPhone kepada Huawei berlandaskan emosi. Menurut beliau, ketika ini agak memalukan apabila mengeluarkan iPhone dari poket apabila semua eksekutif syarikat menggunakan Huawei.