Kenyataannya selepas dibebaskan daripada tahanan polis juga dipuji, malah ada juga pengguna laman sosial yang menawarkan percutian dan kereta mewah kepadanya.
Dalam laman Twitter selepas dibebaskan, Connolly berkata:
“Inilah ketikanya saya berasa sangat bangga sebagai manusia. Izinkan saya memberitahu anda semua, muslim bukan pengg-anas dan terorisme tidak ada agama. Semua orang yang menganggap muslim sebagai komuniti peng-ganas memiliki otak yang kosong seperti Anning.”
Dijuluki sebagai ‘eggboy’ selepas bertindak demikian, Connolly berkata, tindakannya men-getuk kepala Anning dengan telur itu sebagai membantah sikap senator berkenaan yang menyalahkan umat Islam dalam tragedi di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.
Anning sebelum ini menyalahkan masyarakat muslim yang didakwa menjadi punca kepada serangan seorang pengganas kelahiran Australia yang menyebabkan 50 jemaah masjid terbunuh Jumaat lalu.
Dalam video yang tular di media massa, remaja lelaki itu berjalan dari arah belakang ketika Anning bercakap kepada pemberita, sebelum menge-tuk kepala senator itu dengan sebiji telur.
Susulan itu, Connolly mendapat pujian kerana kebera-nian dan komen yang diberikan, sehingga seorang profesor dari Turki menjemputnya melawat negara itu.
“Kepada eggboy. Saya adalah seorang profesor di Turki. Kami sangat menghargai apa yang anda lakukan. Saya akan membayar tiket (penerbangan), dan 10 hari tinggal di hotel lima bintang (di mana sahaja yang anda mahu). Jadilah tetamu kami di Turki,” tulis Profesor Caner Taslaman di akaun Twitternya.
Seorang pengguna lain, Dean Omeara pula menawarkan sebuah Ferrari jika dia datang ke Dubai.
Sumber: ismaweb