Remaja lemas ketika berkelah bersama rakan di Julau 0 6032

JULAU: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Kanowit berhampiran dengan Rumah Akun, Jalan Nanga Matop di sini, hari ini.

Mangsa, 14, ketika kejadian dipercayai sedang berkelah bersama-sama dengan rakan-rakannya dari kawasan rumah panjang berhampiran pada pukul 2.30 petang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang telah dihanyutkan arus bersama dengan adiknya ketika sedang mandi di sungai.

“Namun adik mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, penduduk kampung yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melancarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar ke Klinik Kesihatan Julau untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di telinga dan mulut, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Julau,” katanya lagi.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news