Adakah anda masih lagi mencari makanan Sarawak dan tempat menjamu selera milik orang Sarawak di Semenanjung? Jika masih mencari, anda disarankan singgah di Restoran “Rumah Makan Bu Gendut” ini.
Untuk makluman Restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi di Selangor ini adalah milik orang Sarawak yang berasal dari Petrajaya, Kuching Sarawak.
Apa yang menariknya mengenai Restoran ini, pelbagai makanan Sarawak dijual seperti Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Bihun Sup Kenyalang. Selain itu Restoran ini juga ada menjual makanan seperti Nasi Ayam Penyet dan Pacel Lele Keli dan juga Masakan Thai bermula pukul 5 ptg sehingga 2 pagi.
Selain makanan, Restoran ini juga ada menjual pelbagai minuman yang pasti menambat hari anda seperti DragonFruit Milkshake, Strawberry Milkshake dan Mango Milkshake.
Jika berminat untuk datang ke Restoran ini, alamatnya adalah seperti tertera dibawah :
Rumah Makan Bu Gendut (waze)
NO EG-13, Jalan 3B/1
Bangi Gateway 3B, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Sebarang pertanyaan sila whatsaap atau hubungi :
012-8897804 ( munarwar )
Instagram/Fb page : Rumah Makan Bugendut