‘Semoga ayah cepat sembuh’ 0 6222

‘Semoga ayah cepat sembuh’

 (Dikemaskini )
 

Penyanyi Saleem masih lagi berada di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat daripada kemalangan lalu.

Anaknya, Syafiq Farhain dalam sesiSinar Live di Facebook Sinar Harianmengesahkan perkara tersebut sebentar tadi dan turut mendoakan agar ayahnya itu cepat sembuh.

“Saya mendoakan agar keluarga dalam keadaan senang, sihat dan segala urusan dipermudahkan.

“Semoga ayah cepat sembuh dan tak ada lagi cerita-cerita viral yang tidak benar.

“Tak elok timbulkan berita-berita palsu,” tegasnya.

Syafiq meluahkan rasa kesalnya kerana ada yang tergamak menyebarkan berita palsu kononnya Saleem telah meninggal dunia.

“Setiap kali otai di hospital pasti akan timbul berita palsu. Apa yang mereka dapat pun saya tak tahulah. Tak baiklah begitu,” katanya lagi.

Ketika ini, Saleem terpaksa diletakkan dalam keadaan koma kerana paru-parunya yang tercucuk tulang berada dalam keadaan kritikal.

Vokalis kumpulan Iklim itu terbabit dalam kemalangan jalan raya Khamis lalu dan dimasukkan ke Hospital Kajang pada jam 10 malam kemudian.

Bagaimanapun, Saleem yang kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak lima hari lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13913

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news