Seorang masih hilang dalam tragedi bot karam di Betong. 0 6032

BETONG: Seorang lelaki masih hilang, manakala enam berjaya menyelamatkan diri selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Batang Saribas berdekatan pengkalan feri Pusa di sini sekitar jam 2 awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak memberitahu mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mihd Saufi Sabeni berusia 27 tahun.

Menurutnya, laporan hanya diterima padajam 11.25 pagi tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan.

“Maklumat diterima mengatakan bot tersebut membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Beladin dan dikatakan karam akibat dipukul ombak menyebabkan kesemua penumpang tercampak ke dalam sungai.

“Bagaimanapun enam mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Operasi SAR dimulakan dengan kaedah pencarian ‘Water Surface Searching’ di sekitar kawasan di mana bot tersebut karam dan menyusuri sungai Batang Saribas.Turut terlibat dalam operasi SAR tersebutialah anggota polis dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news