Shafee mahu perbicaraan Najib disiar secara langsung 0 5856

Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah meminta supaya perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu disiarkan secara langsung di kaca televisyen supaya dapat ditonton semua rakyat Malaysia.

“Saya fikir idea yang bagus, biarkan orang tahu mengenai perbicaraan itu.

“Bagi saya, saya tidak mempunyai masalah (dengan perbicaraan disiarkan secara langsung di TV).

“Saya fikir segala-galanya mesti telus, tidak ada yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur awal hari ini.

Shafee menjawab soalan sama ada perbicaraan Najib perlu disiarkan secara langsung untuk ditonton orang awam.

Najib sebelum ini berkata perbicaraan tersebut adalah platform terbaik untuk membersihkan namanya daripada semua tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Beliau menghadapi 38 pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd.

Ini termasuk penyelesaian 1MDB dengan syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Corporation (IPIC).

Shafee berada di mahkamah hari ini bagi pengurusan kes membabitkan 32 pertuduhan berkaitan 1MDB dan SRC International.

Mengulas mengenai pengurusan kes hari ini, Shafee berkata, pasukan peguam bela membantah permintaan pendakwa raya untuk memindahkan kes-kes itu ke Mahkamah Tinggi Putrajaya.

Beliau berkata tidak ada sebab perbicaraan Najib dibuat di pusat pentadbiran kerajaan itu memandangkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jauh lebih besar.

“Mereka (pihak pendakwa) telah menulis surat meminta kes-kes berkenaan dipindahkan ke Putrajaya. Ia sangat panjang, tapi kami jawab dengan surat yang lebih panjang mengatakan bahawa ia tidak perlu.

“Ini sepatutnya di sini. Ini adalah mahkamah yang lebih besar daripada Putrajaya, anda boleh meletakkan tiga (kompleks mahkamah) Putrajaya di sini.

“Kenapa kamu mahu pindah ke Putrajaya? Ia hanya ada lapan mahkamah manakala Kuala Lumpur mempunyai 38 Mahkamah Tinggi, 27 Mahkamah Sesyen, 30 Mahkamah Majistret dan 12 mahkamah lain yang tidak digunakan,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news