SPRM kunjung rumah Najib 0 5908

KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasminya di Langgak Duta di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pertemuan dengan pihak Najib itu adalah untuk mendapat maklumat tertentu bagi membantu siasatan.

“Ia juga adalah satu siasatan namun saya tidak bercadang untuk mendedahkannya.

“Tiada serbuan. Ia hanyalah pertemuan bagi mendapatkan maklumat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri itu mendapati kira-kira lima kenderaan dipercayai milik SPRM dilihat masuk ke kediaman berkenaan pada jam 11 pagi.

Turut kelihatan, kira-kira 10 pegawai dari suruhanjaya berkenaan memasuki kediaman Ahli Parlimen Pekan terbabit.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, pegawai berkenaan masih belum keluar dari kediaman terbabit.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news