Terkini: Gempa bumi kuat landa Rantau Sumba, Indonesia 0 6575

GLOBAL l Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada pukul 8.16 pagi ini.

Bernama yang memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kejadian gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku di 293km Tenggara dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, AFP melaporkan dua gempa bumi dalam tempoh singkat menggegarkan selatan pantai Pulau Sumba, pagi ini mengakibatkan penduduk berlari ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.

Gempa bumi cetek dan sederhana kuat itu berlaku di perairan kira-kira 40 kilometer dari Sumba, sebuah pulau dihuni kira-kira 750,000 orang.

Ia diikuti satu lagi gempa bumi lebih kuat 15 minit kemudian dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter di lokasi serupa pada kedalaman 30 kilometer.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news