Terkini: Seorang hilang bot karam di Sungai Kanowit 0 7110

Kanowit: Seorang dilaporkan hilang setelah sebuah bot yang membawa 5 penumpang dilaporkan karam di Sungai Kanowit sebentar tadi.

Menurut info awal mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Carlos ak Taei berumur 15 tahun.

Setakat ini pasukan Bomba telah bergerak ke lokasi kejadian melalui Sg.Kanowit menggunakan bot Penyelamat Bomba dengan kekuatan anggota 6 termasuk pemandu bot dan penyelia pasukan bagi mencari mangsa – Kamek Miak Sarawak

Wajah mangsa yang dilaporkan hilang. Mangsa merupakan pelajar kadet Bomba SMK Kanowit dan pernah mengikuti Pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Zon 4 di SMK Sarikei Baru, baru-baru ini
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news