Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Nanga Tutus 0 6311

SIBU: Suasana hiba menyelubungi penduduk Rumah Augustine Meringai apabila tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai Nanga Tutus, Igan dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad semalam memberitahu, sepasukan 10 anggota dari BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian menggunakan bot dan darat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang semalam.

Katanya, Ketua Operasi PBK II Mclean C Madis memaklumkan terdapat tiga mangsa termasuk dua perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berkenaan.

“Tiga mangsa tersebut berumur antara 12 dan 14 tahun merupakan dua adik-beradik dan seorang sepupu dikatakan sedang mandi-manda apabila tragedi itu berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Teerince Gong Tommy, 14, Trisha Janggok Tommy, 12, dan Nurul Syahiera Salam, 13. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news