Bintulu: Tiga wanita warga asing berusia dalam lingkungan 24 hingga 31 tahun ditahan oleh polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah rumah tumpangan di Bintulu semalam.
Menurut info awal, ketiga-tiga ditahan polis ketika sedang sibuk memuaskan nafsu pelanggan.
Turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh polis adalah dua lelaki tempatan berusia 30 dan 36 tahun, yang dipercayai pelanggan kepada wanita warga asing tersebut.