SERIAN – AADK Sarawak terus mencatat kejayaan apabila berjaya menahan tujuh lagi lelaki kerana didapati positif dadah jenis syabu di beberapa kawasan di Serian dan Siburan semalam.
Menurut info awal pihak AADK telah menahan 19 orang lelaki dari 10 April hingga 11 April. Hasil saringan air kencing, tujuh suspek telah didapati positif.
Setakat ini kesemua suspek telah ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983 – Kamek Miak Sarawak