Tumbuk kepala adik gara-gara buah ‘engkalak’ 0 8061

KUCHING: Berang apabila buah ‘engkalak’ miliknya diambil, seorang abang bertindak ganas menumbuk kepala adik perempuannya secara bertubi-tubi sehingga adiknya mengalami kesakitan dan lebam di kepala.

Mohamad Shukri Mohd Salleh, 37, tidak berpuas hati apabila adiknya memberitahu bahawa buah berkenaan dikongsi dan dijual kepada rakan.

Shukri juga cuba untuk menumbuk muka adiknya yang berusia 30 tahun itu, namun adiknya sempat menepis tumbukan tersebut menggunakan tangan.

Akibatnya, adiknya mengalami kecederaan tisu lembut di tangan kanannya.

Justeru, Shukri yang bekerja sendiri didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 14 Ogos.

Majistret Nuruhuda Mohd Yusof membuat keputusan itu apabila Shukri mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muzaffar Shah Ibrahim.

“Mahkamah mendapati kamu telah mendatangkan kecederaan terhadap adik sendiri. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan beberapa faktor iaitu berdasarkan fakta kes, kekerapan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sebagai pengajaran kepada orang awam,” ujar Nuruhuda.

Menurut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terbabit di rumah mereka di Kampong Siol Kandis, Petra Jaya pada 14 Ogos lalu, jam 7.15 pagi.

Dalam rayuan pengurangan hukumannya, dia memohon agar diberikan hukuman ringan kerana dia merupakan punca pendapatan keluarga di samping mempunyai seorang anak untuk ditanggung.

Shukri yang tidak diwakili peguam berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 (A) kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. – Utusan Borneo OnLine

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news