‘UMNO masih ada!’ – Zahid Hamidi 0 5896

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO masih wujud walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa parti itu sudah tiada.

“Kan saya ada. Nampakkan? UMNO masih ada. Nampak?” katanya kepada kumpulan media yang menyerbu beliau untuk mengulas kenyataan Dr Mahathir.

Presiden UMNO itu juga enggan melayan atau menangkis kenyataan Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.

“Tak apalah. Suka hati dialah. Suka hati dia,” katanya.

Dr Mahathir semalam berkata UMNO yang dahulu memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sudah tiada di negara ini.

Perdana Menteri berkata, parti yang pernah dipimpinnya itu sentiasa memperjuangkan nasib rakyat namun kini sudah tersasar daripada matlamat asal.

Malah, Dr Mahathir juga berkata perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Datuk Seri Najib Razak.

“Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada,” kata Dr Mahathir pada program Bicara Minda di Seksyen 15, di Shah Alam, semalam. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13913

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news