Umum Konsert ‘Return’, My Chemical Romance Kembali Bersama Selepas 6 Tahun Berpecah 0 6410

Kami ada berita gembira buat peminat kumpulan rock popular, My Chemical Romance atau kita sering sebut sebagai MCR!

Kumpulan yang diminati ramai itu telah mengesahkan bahawa mereka akan kembali bersatu dan mengadakan persembahan sulung mereka sejak ahli kumpulan tersebut mengumumkan membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman sosial Twitter MCR pada Khamis. Menerusi perkongsian itu, mereka memaklumkan MCR akan kembali menemui peminat pada konsert yang bakal berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini.

Pengumuman itu membuatkan rata-rata peminat teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan kumpulan yang mencipta fenomena dengan lagu berjudul Welcome to the Black Parade itu.

MCR dianggotai oleh Gerard Way (vokalis utama), Mikey Way (pemain gitar bass), Ray Toro (gitaris) dan Frank Lero (gitaris).

Menurut laporan Astro Awani, Gerard dilaporkan menumpukan perhatian dalam bidang penulisan komik selepas era MCR. Selain itu, penyanyi dengan vokal mantap itu turut mempunyai siri Netflix iaitu Umbrella Academy.

Frank pula dikatakan sibuk dengan siri jelajah kumpulannya, Frank Iero & The Future Violents.

Untuk rekod, album terakhir mereka ialah Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys yang diterbitkan pada tahun 2010.

Pada tahun lepas, MCR telah memuat naik beberapa video menerusi saluran YouTube mereka yang sekali gus membuatkan para peminat teruja dan berpendapat bahawa ada kemungkinan kumpulan yang mencipta nama pada tahun 2000 itu akan kembali bergabung.

Tiket konsert MCR boleh mula dibeli pada hari ini di laman sesawang AXS bermula malam ini pada harga $149.50 (kira-kira RM625).

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news