Wan Maimunah masih menanti jodoh 0 6266

KUALA LUMPUR: Pelakon yang terkenal dengan watak air mata, Wan Maimunah, mengakui tidak pernah menutup pintu hati, malah bersedia untuk kembali menjadi isteri sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh.

Dia bagaimanapun, berpegang kepada prinsip hanya akan menerima lamaran jika anak bakal pasangannya bersetuju mereka mendirikan rumah tangga.

“Pada usia mencecah 62 tahun, saya sebenarnya menunggu juga jodoh datang. Bagi insan seusia saya, perkahwinan bukan lagi cenderung untuk memenuhi nafsu, sebaliknya lebih kepada mencari imam.

“Selepas kembali hidup bersendirian beberapa tahun lalu, ada juga yang datang bertanya. Cuma, saya terpaksa tolak kerana tidak mahu perkahwinan kami merenggangkan hubungan ayah dan anak.

“Kalau berkahwin semula, saya mahu ikatan yang bakal dimeterai direstui anak. Dalam menempuh kehidupan baharu, ia harus dibina dengan seluruh keluarga. Jika tidak, saya rela undur diri,” katanya yang ditemui pada majlis Tautan Kasih, di sini, malam tadi.

Terdahulu, perkahwinan terakhirnya dengan seorang pengusaha makanan dari Johor pada Disember 2013 sempat bertahan dua tahun sebelum mereka mengambil keputusan berpisah.

Ditanya mengenai hidup tanpa suami, Wan Maimunah berkata, dia tidak kesunyian kerana selain dua cahaya mata, hidupnya juga dikelilingi ramai anak angkat yang sentiasa mengambil berat.

“Nikmat apa lagi yang saya mahu dustakan apabila hidup sentiasa dikelilingi anak yang prihatin. Pada masa sekarang, saya lebih memberikan tumpuan kepada menggandakan ibadat,” katanya yang teringin menunaikan haji.

Jauh di sudut hati, pelakon serba boleh itu meluahkan harapan dipertemukan dengan insan dermawan yang sudi menaja pemergiannya ke Tanah Suci Makkah sebelum dia menutup mata

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news