11 orang ditahan polis terlibat perjudian haram 0 6381

KUCHING: Sebelas individu termasuk sembilan wanita, diberkas SEMALAM dalam satu serbuan polis dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad, S-E-B di sekitar Kuching dan Padawan berhubung aktiviti perjudian haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, serbuan itu, yang disertai lima pegawai polis, turut merampas wang tunai berjumlah 8 ratus 93 ringgit dan 10 telefon bimbit.

Beliau berkata, mereka yang diberkas berumur antara 19 hingga 32 tahun dan kini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

SAC Denis Leong menambah operasi tersebut akan berterusan bagi membasmi aktiviti perjudian, terutama loteri haram dan perjudian dalam talian.

Polis menjalankan usaha bersama dengan SEB kerana premis yang digunakan untuk aktiviti perjudian terus beroperasi, justeru dengan pemotongan bekalan elektrik, beliau yakin aktiviti haram itu akan dapat dihentikan.

Malah polis akan terus mengawasi premis-premis, yang bekalan elektrik diputuskan oleh SEB.

Operasi SEMALAM melibatkan 12 premis di Pusat Komersial Kenyalang, MJC Batu Kawa, Hui Sing Garden dan kawasan Matang. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news