1,169 pek makanan dihantar bantu mangsa banjir di Marudi, Beluru 0 6079

KUCHING: Sejumlah 1,169 pek makanan dihantar ke daerah Marudi dan Beluru, hari ini, bagi membantu penduduk di 24 penempatan yang terjejas akibat banjir.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata makanan berkenaan dihantar menggunakan bot ekspres dan lori.

“Sejumlah 843 pek makanan dihantar ke daerah Marudi, bermula jam 8 pagi tadi. Antara penempatan terbabit ialah Kuala Tutoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh, Lubok Nibong, Rumah (RH) Asong, RH Lajang, RH Anthony, RH Sumping, RH Rok, Long Patan, Long Pahlo dan Long Ukok.

“Di daerah Beluru pula membabitkan Lubok Kulat, Nanga Seridan, Nanga Majang, Long Ajoi, Lubok Mulung dan Long Sepelling,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, penghantaran makanan sebanyak 20 pek dari Marudi ke Lubok Kulat akan menggunakan bot kevlar milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Beliau berkata, seramai 39 pegawai dan anggota agensi kerajaan negeri serta Persekutuan terbabit dalam menguruskan penghantaran bekalan makanan ke kedua-dua daerah di Bahagian Miri itu. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news