54 kanak-kanak, remaja hilang di Sarawak 0 6570

KUCHING: Sebanyak 54 orang kanak-kanak dan remaja di Sarawak hilang dari 2010 hingga 26 Mei lalu.

Berdasarkan kehilangan mengikut negeri, Johor mencatatkan kehilangan tertinggi dengan 143 orang hilang, diikuti Selangor 140, Kuala Lumpur 115, dan Sabah sebanyak 99 orang.

Menurut semakan dalam laman web Kanak-kanak Hilang PDRM, sebanyak 831 kanak-kanak hilang di seluruh negara pada tempoh tersebut.

Sebanyak 60 orang dikategorikan sebagai kes kehilangan terkini bagi tempoh laporan dari 10 Februari 2018 hingga 26 Mei lalu. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news