Enam bilik rumah panjang di Long Palai terbakar 0 6243

MIRI: Sekurang-kurangnya 20 orang hilang tempat berteduh apabila enam bilik rumah panjang di Long Palai ranap dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 5.20 pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

“Adalah dipercayai kebakaran ini melibatkan blok yg mempunyai enam bilik membabitkan 20 orang mangsa. Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Law, jarak perjalanan ke lokasi kebakaran memerlukan antara tujuh hingga lapan jam hanya melalui jalan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kawasan Long Palai pernah mengalami kejadian kebakaran pada 2017 dan kawasan itu kebanyakannya didiami Kenyah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13938

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13095

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news