14 orang ditahan positif dadah di Sri Aman 0 7678

Sri Aman: Kira-kira 14 orang ditahan kerana positif dadah dalam satu operasi bersepadu Khas sempena Program Jerayawara One Stop Commitee (OSC) bagi menangani isu Dadah Dan substance MIDS di 3 lokasi di Sri Aman malam tadi.

Operasi telah dijalankan hasil kerjasama pihak PDRM,AADK Sri Aman, AADK Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah.

Manakala seorang lagi ditahan kerana kesalahan memiliki dadah. Menurut info awal kesemua yang ditahan berusia antara 20an hingga 50an.

Setakat ini kesemua yang ditahan untuk tindakan selanjutnya dan siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan dari Makmal untuk keputusan muktamad samada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama 2 tahun. – Kamek Miak Sarawak


Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news