1,622 notis amaran kesalahan merokok dikeluarkan di Sarawak 0 6672

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengeluarkan sebanyak 1,622 notis amaran dalam tempoh 18 hari sejak pelaksanaan larangan merokok di negeri ini sejak 1 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata pihaknya telah memeriksa sejumlah 5,876 premis tempat makan daripada 8,090 yang berdaftar di seluruh Sarawak dalam tempoh sama.

Daripada 1,622 Notis Amaran dikeluarkan, 178 notis dikeluarkan kepada individu yang merokok dengan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d), manakala, 1,396 notis lagi kepada pengusaha tempat makan di bawah Peraturan 12(1)(a), dan 48 notis di bawah Peraturan 12(1)(b) PPKHT 2004 (Pindaan 2018).

“Manakala daripada 178 Notis Amaran di bawah Peraturan 11(1)(d) yang dikeluarkan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching mengeluarkan notis tertinggi iaitu 47 notis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Jamilah berkata, jumlah itu diikuti oleh Miri (41), Mukah (23), Sarikei (18), Bintulu (18), Samarahan (11), Serian (6), Kapit (5), Limbang (4), Sri Aman (3), Sibu (2) manakala Betong tiada.

Manakala, daripada 1,396 Notis Amaran di bawah Peraturan 12(1)(a), PKB Miri mengeluarkan tertinggi iaitu 342 notis diikuti oleh Sibu (214), Bintulu (190), Kuching (132), Mukah (114), Sarikei (113), Samarahan (95), Limbang (94), Serian (41), Betong (40), Kapit (13) dan Sri Aman (8).

Pemeriksaan itu dibuat susulan pelaksanaan larangan merokok di negeri ini mulai 1 Mac lalu di mana jabatan telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara pendidikan di semua tempat makan.

Dr Jamilah menambah, bagi 48 Notis Amaran di bawah Peraturan 12(1)(b), PKB Bintulu telah mengeluarkan 19 notis diikuti oleh Kuching (12), Samarahan (6), Limbang (6), Miri (3), Betong (1) dan Sarikei (1).

“Tiada notis amaran dikeluarkan di Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Mukah. Sejumlah 106 aduan membabitkan perokok yang merokok di tempat makan, manakala, empat aduan pula membabitkan pekedai yang gagal memasang papan tanda Dilarang Merokok seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Peraturan 12(1)(a) PPKHT 2004,” katanya.

Menurut Dr Jamilah, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, telah diwartakan sebagai Tempat Larangan Merokok berkuat kuasa 1 Januari 2019 di bawah Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan 2018), di bawah Akta Makanan 1983.

Pewartaan larangan merokok ini katanya, bertujuan untuk melindungi semua orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok dan pelaksanaan ini adalah selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).

“Di Sarawak, bermula 1 Mac 2019 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telahpun menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara pendidikan di semua tempat makan.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan pendidikan ini dijalankan di semua kedai makan yang terbuka dengan mengeluarkan Notis Amaran kepada individu yang melakukan kesalahan merokok dan tuan punya premis yang gagal memastikan tiada orang merokok di dalam kedai makan serta tidak mempamerkan tanda larangan merokok yang jelas.

“Bagi premis tempat makan yang berhawa dingin yang telah diwartakan semenjak tahun 2004, penguatkuasaan penuh adalah diteruskan,” ujarnya sambil memberitahu pihaknya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pengusaha tempat makan termasuk golongan perokok.

Dalam pada itu, Dr Jamilah berkata, Jabatan mengalu-alukan perokok yang ingin berhenti merokok untuk mengunjungi perkhidmatan berhenti merokok mQuit.

Perkhidmatan ini katanya, diperluaskan bukan sahaja di fasiliti awam seperti klinik kesihatan dan hospital, malahan di fasiliti-fasiliti swasta termasuk rangkaian farmasi komuniti, hospital dan klinik swasta.

“Sehingga kini, perkhidmatan berhenti merokok mQuit ditawarkan di 41 buah klinik kesihatan, tiga hospital kerajaan dan empat fasiliti swasta di seluruh Sarawak.

Golongan perokok juga boleh melayari laman web iaitu jomquit.moh.gov.my bagi memudahkan mereka untuk mendaftarkan diri di mana-mana perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang ada di seluruh Malaysia.,” ujarnya.

Beliau berharap agar semua pemilik tempat makan dapat mengambil tindakan untuk memasang papan tanda ‘Dilarang Merokok’ dan memohon orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah diwartakan serta sentiasa mengamalkan tingkah laku tidak merokok di tempat makan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13151

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12621

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news