19 rakyat Palestin maut di Gaza 0 5994

BANDAR GAZA: Seramai 23 maut, iaitu masing-masing 19 rakyat Palestin dan empat penduduk Israel, dalam beberapa siri serangan roket yang dilancarkan tentera Israel dan pejuang di wilayah dikuasai Hamas.

“Secara keseluruhannya, 19 rakyat Palestin terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel ke wilayah berkenaan,” kata Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Katanya, seorang wanita yang sarat mengandung dan bayi berusia empat bulan adalah antara mangsa yang maut dalam serangan itu.

Namun, tentera Israel enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya sembilan daripada mangsa yang terbunuh adalah pejuang yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad.

Sementara itu, kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan berkata, serangan Israel menyasar ibu pejabat keselamatan dalam negeri di wilayah Palestin.

“Bangunan berkenaan yang terletak di Bandar Gaza musnah sama sekali,” kata kenyataan itu. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12624

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news