Saingan kedua pusingan 16 pasukan terakhir di Piala Dunia 2018 menyaksikan Uruguay bertemu dengan Portugal untuk mencari tempat di suku akhir menentang Perancis.
Perlawanan di separuh masa pertama berlangsung dengan tempo yang laju, menepati dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk sebuah perlawanan pusingan kalah mati.
Cristiano Ronaldo cukup awal untuk mendapatkan perhatian dalam perlawanan ini apabila beliau melakukan rembatan deras dari luar kotak di awal permainan.
Akan tetapi, rembatan beliau terus ke dakapan Fernando Muslera.
Tidak lama kemudian, Uruguay menemui jaringan pertama mereka apabila gerakan satu-dua dari jarak jauh antaran Luis Suarez dan Edinson Cavani berjaya ditemui Cavani.
Beliau menyudahkan hantaran lintang ke far post oleh Suarez menerusi tandukan deras meneraskan Rui Patricio.
SOCHI, RUSSIA β JUNE 30: Edinson Cavani of Uruguay celebrates after scoring his teamβs first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Uruguay and Portugal at Fisht Stadium on June 30, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)
Suarez turut memperoleh peluang untuk menjaringkan gol apabila beliau cuba untuk mencipta semula jaringan sepakan percuma beliau ketika menentang Rusia.
Namun rembatan beliau ditepis keluar Patricio.
Perlawanan ini menunjukkan kedua-dua pasukan mempunyai misi jelas iaitu mereka mahu mendapatkan gol apabila mereka melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan gol.
Separuh masa kedua turut menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan tempo yang cukup tinggi untuk mencari gol.
Portugal yang cukup dominan dalam perlawanan berhasil menjaringkan gol penyamaan apabila tandukan Pepe berjaya menerjah jaring dari situasi sepakan penjuru.
SOCHI, RUSSIA β JUNE 30: Pepe of Portugal celebrates after scoring his teamβs first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Uruguay and Portugal at Fisht Stadium on June 30, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Julian Finney/Getty Images)
Sepakan penjuru itu jelas tidak berjaya dipertahankan dengan baik oleh Uruguay dan Portugal berjaya mengambil kesempatan dari situasi tersebut.
Walaupun begitu, gol penyamaan itu tidak tahan lama apabila Cavani menjaringkan gol kedua menerusi rembatan finesse yang cukup sempurna untuk menewaskan Patricio.
Portugal sememangnya menguasai sebahagian besar penguasaan bola serta percubaan ke arah pintu gol.
Walaupun begitu mereka gagal menyempurnakan semua peluang yang mereka ada.
Secara keseluruhannya, Uruguay cukup klinikal di hadapan gol kerana dengan peluang yang sedikit mereka masih mampu memenangi perlawanan ini.
Sementara Portugal perlu menyalahkan diri mereka sendiri, mereka punya percubaan yang banyak dan penguasaan bola namun gagal disempurnakan.
Keputusan penuh, Uruguay 2-1 Portugal. – Semuanya Bola