2 lelaki, seorang wanita diberkas polis kerana mengedar dadah 0 6869

KUCHING: Tiga individu diberkas bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM16,996.50 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Goodland, Betong, Sabtu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Sarawak Superintenden Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki masing-masing berusia 36 dan 39 tahun dan wanita berumur 24 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah di kawasan tersebut sejak 2017.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, pada 16 Februari sekitar jam 8 malam, pasukan JSJN Sarawak membuat satu serbuan di sebuah rumah di Taman Goodland, Betong dan menahan dua lelaki dan seorang wanita.

“Hasil pemeriksaan bilik tidur di tingkat atas rumah tersebut, polis menjumpai 53 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat kasar 94.11gram, sembilan papan plastik timah berwarna merah, yang setiap satu papan mengandungi 10 biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5 dengan berat kasar 27.65gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kereta dirampas dari suspek
Sahar memberitahu, hasil pemeriksaan badan yang dilakukan ke atas seorang suspek lelaki turut menemukan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.7gram.

“Kita juga menemukan dua peket plastic lutsinar berisi ketulan kristal dsyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.5gram pada suspek wanita semasa pemeriksaan badan dilakukan,” tambahnya.

Katanya, saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Menurut Sahar, semakan rekod kesalahan lampau mendapati seorang suspek lelaki mempunyai empat kesalahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek wanita mempunyai dua kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1) akta sama.

Katanya, polis turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda, tiga cincin emas masing-masing dan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM127,339.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) A akta sama.-Utusan Borneo Online

Kereta milik suspek yang dirampas polis
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news